Tunang merupakan satu ikatan yang
dijalin sebelum bernikah. Biasanya dilakukan bertujuan untuk mengenali pasangan
(apa yang saya tahu). Couple ni merupakan perbuatan yang tidak baik. Ikut
pemikiran masyarakat setempat.
Akan tetapi, semenjak saya masuk
ke alam ipt (alam KUIS). Saya menjadi keliru diantara kedua-dua perkara
tersebut. Kenapa?
Izinkan saya untuk memberi dua
situasi. Situasi pertama, satu hari saya pergi ke kedai makan. Kemudian saya
ternampak satu pasangan lelaki dan perempuan. Merupakan individu yang familiar
dengan saya, atau lebih senang mereka merupakan kenalan saya. Lalu, kawan saya
berkata “eh, takyah kacau tu tunang dia”.Situasi kedua, saya terjumpa pasangan
kenalan juga. Tetapi tidak bertunang. Lalu, kawan saya berkata “isy dia ni
makan sama. Couple haram!”
Apa yang saya dapati adalah
tunang ni boleh dijadikan sebab untuk melakukan perkara couple. Couple things.
Kind of. Secara automatiknya perkara tersebut boleh dijadikan tiket ekspress
untuk melakukan sesuatu perkara. Seperti menghalalkan yang haram. Walau bagaimanapun,
perkara ini tidak mengganggu kehidupan orang sekeliling atau biodiversity di Malaysia.
Cuma mereka akan jadi keliru antara tunang dan couple. Seperti saya.
Pada suatu hari, ada seorang
junior asasi bersembang dengan saya tentang perkara ni. “Alahh bang, tunang ni
sebenarnye couple. Cuma couple ni tak islamik. Kalau nak nak islamik sket kita
sebut tunang”. Pulak.
Jadi, kalau nak ber ‘couple’,
terus je couple. Tidak perlulah untuk meng’islamisasi’kan sesuatu perkara
dengan tujuan untuk menyenangkan diri sendiri mahupun orang lain. Ayat mudahnya
takyah islamik sangat. Kalau sudah alang-alang menyeluk perkasam. Ini nasihat
sahaja. Percuma.