Freemason merupakan gerakan yang berasal daripada tentera yang lari
daripada perang atau lebih dikenali sebagai Knight Templar. Terdapat artikel
mencerita merekakan merupakan buruh pembina dinding atau tembok ( sedikit
sebanyak pengetahuan saya tentang asal usul gerakan ini ) sejak zaman salib
lagi.
Dewasa ini, banyak artikel
menceritakan betapa liciknya strategi mereka dalam menguasai dunia. Sehingga
dikatakan orang yang berpengaruh di white house merupakan ahli illuminati.
Illuminati merupakan penyembah syaitan. Kamu semua boleh baca sendiri tentang
mereka serta kaitan dengan bangsa yahudi, dajjal and so on. Umum dikenali
Amerika Syarikat merupakan antara kuasa besar dunia sehingga mereka sendiri
menganggap sebagai polis dunia. Bayangkan gerakan ini mampu menundukkan polis
dunia. Sehingga ada yang mengatakan merekakalah punca kejatuhan sistem khilafah
uthmaniyyah.
Tidak cukup dengan itu, gerakan ini dikatakan telah bertapak di Malaysia. Pada
peringkat awal, mereka mempengaruhi pemikiran anak muda. Gejala dadah, seks bebas
dan segala masalah sosial telah mereka tanam sejak dulu secara berperingakat. Bla
bla bla..
Segala info mahupun artikel yang menceritakan tentang taktik strategi
mereka mungkin betul dan mungkin tidak. Or it might be just a bluff? Untuk
menceritakan kehebatan bangsa. Kalau betul pun, apa kita perlu buat. Iakan
sahaja kemudian berkata ohh kami dah terkena. Camtu?
Apa yang saya cuba sampaikan adalah kalau tiada freemason atau illuminati
bagai. Adakah kita akan menjadi golongan soleh? Generasi pewaris nabi? Berhenti
salahkan orang, golongan atau pihak lain. Daripada ‘menyalahkan’ lebih baik
kita fikir cara yang terbaik untuk tangani atau berubah. And of course saya
bukan yang paling sesuai nak katakan semua ini sebab saya pun bukannya baik. Tapi
seseorang perlu sedar dan ingatkan semua ni terjadi disebabkan tangan kita
juga.
Apa yang saya katakan tidak dituju kepada masyarakat kita khususnya kerana
ada sahaja golongan yang kritis yang sentiasa berfikir bagaimana ingin
menyumbang kepada masyarakat. Supaya dapat melahir masyarakat yang kreatif,
inovatif dan sentiasa disadur dalam suasana ilmu dan peradaban. Ramai. Jadi,
“Stop Blaming, Start Improving”
