Monday, 25 May 2015

Freemason, Illuminati atau diri sendiri bertapak di Malaysia



Freemason merupakan gerakan yang berasal daripada tentera yang lari daripada perang atau lebih dikenali sebagai Knight Templar. Terdapat artikel mencerita merekakan merupakan buruh pembina dinding atau tembok ( sedikit sebanyak pengetahuan saya tentang asal usul gerakan ini ) sejak zaman salib lagi.

Dewasa ini,  banyak artikel menceritakan betapa liciknya strategi mereka dalam menguasai dunia. Sehingga dikatakan orang yang berpengaruh di white house merupakan ahli illuminati. Illuminati merupakan penyembah syaitan. Kamu semua boleh baca sendiri tentang mereka serta kaitan dengan bangsa yahudi, dajjal and so on. Umum dikenali Amerika Syarikat merupakan antara kuasa besar dunia sehingga mereka sendiri menganggap sebagai polis dunia. Bayangkan gerakan ini mampu menundukkan polis dunia. Sehingga ada yang mengatakan merekakalah punca kejatuhan sistem khilafah uthmaniyyah.

Tidak cukup dengan itu, gerakan ini dikatakan telah bertapak di Malaysia. Pada peringkat awal, mereka mempengaruhi pemikiran anak muda. Gejala dadah, seks bebas dan segala masalah sosial telah mereka tanam sejak dulu secara berperingakat. Bla bla bla..

Segala info mahupun artikel yang menceritakan tentang taktik strategi mereka mungkin betul dan mungkin tidak. Or it might be just a bluff? Untuk menceritakan kehebatan bangsa. Kalau betul pun, apa kita perlu buat. Iakan sahaja kemudian berkata ohh kami dah terkena. Camtu?

Apa yang saya cuba sampaikan adalah kalau tiada freemason atau illuminati bagai. Adakah kita akan menjadi golongan soleh? Generasi pewaris nabi? Berhenti salahkan orang, golongan atau pihak lain. Daripada ‘menyalahkan’ lebih baik kita fikir cara yang terbaik untuk tangani atau berubah. And of course saya bukan yang paling sesuai nak katakan semua ini sebab saya pun bukannya baik. Tapi seseorang perlu sedar dan ingatkan semua ni terjadi disebabkan tangan kita juga.


Apa yang saya katakan tidak dituju kepada masyarakat kita khususnya kerana ada sahaja golongan yang kritis yang sentiasa berfikir bagaimana ingin menyumbang kepada masyarakat. Supaya dapat melahir masyarakat yang kreatif, inovatif dan sentiasa disadur dalam suasana ilmu dan peradaban. Ramai. Jadi,

“Stop Blaming, Start Improving”



No comments:

Post a Comment