Orientasi merupakan keperluan yang wajib bagi setiap mahasiswa yang baru melangkah ke alam kampus. Kalau tiada keperluan ini boleh mati.
Seperti yang telah dinyakan dari entri sebelum ini. Saya merupakan pelajar tahun satu Degree Syariah Undang-undang. Saya juga merupakan lepasan geraduan asasi dari kolej yang sama untuk degree. Boleh dikatakan saya merupakan pelajar lama berbanding sahabat degree dari lepasan stpm, stam dan lain-lain.
Nak cerita dekat sini, alangkah malang nya nasib saya bersama angkatan seasasi saya kerana terpaksa melakukan ritual orientasi ini lagi. Walaupun kami sudah merasainya ketika zaman asasi dahulu. Saya bersama rakan mengambil langkah untuk pergi juga orientasi bagi menghormati pihak pengurusan kolej dan pihak kepimpinan mahasiswa yang bertukus lumus mengembleng tenaga untuk menjayakan program orientasi. Saya tahu bukan senang nak jayakan suatu program.
Minggu orientasi atau minggu taaruf dalam versi islamik. Dijayakan selama 3 hari atau lebih kurang seminggu. Saya tak ingat. Pada hari pertama kami dapati sebahagian kawan asasi kami terus ponteng taaruf. Perempuan. Sekaligus menaikkan nafsu kami untuk terjebak dalam kancah pemontengan. Namun iman seseorang bukan diukukur melalui ketahanan atau bentuk fizikal seseorang. Kami pilih untuk stay kerana satu. Makan free.
Straight to the point, kami didenda angkat beg berdiri separuh pada malam pertama orientasi. Esoknya kami ponteng. Cubaan hadir orientasi gagal. Awhhhh. The end.
No comments:
Post a Comment