Non- partisan merupakan individu
atau golongan yang tidak kepada mana- mana pihak ( definisi mengikut pendapat
penulis). Mungkin sebahagian berpendapat non-patisan merupakan golongan atas
pagar. Atau golongan ‘lalang’ yang tidak
tahu hendak menentukan pendirian politik. Bila orang bertanya kau Jemaah mana.
Saya lagi selesa mengatakan saya dari ahlu Sunnah wal jamaah. Haaa.
Memang tidak dinafi pendirian
partisan mendatangkan kelebihan. Tetapi tanpa kita sedari dengan berparti kita
secara automatik telah menjustifikasi Jemaah kita dan lain. Mungkin ada yang
tidak. Mungkin. Mengikut setengah parti mengatakan perjuangan mereka keramat
dan memupuk semangat nasional. Sesetangah mengatakan perjuangan mereka suci.
Sesetengah untuk kebenaran.
Apabila dilihat dari sudut lain.
Saya tidak setuju dengan kaedah seperti berikut. Memburukkan lawan untuk
kelihatan hebat? Menziarahi masyarakat hanya menjelang pilihanraya. Yang paling
utama adalah lebih suka dikenali nama parti berbanding dikenali sebagai muslim
dan amanahnya.
Contoh di Eropah, pendirian
partisan tidak dianggap masalah kerana mempunyai kestabilan politik yang yng telah
dicapai. Malah belia digalak berpolitik bagi melahir masyarakat yang lebih
kritis. Malang sekali di Malaysia masih tersangkut dengan era ‘politics of
fear’. Anak muda menganggap politik memualkan.
Oleh itu, pendirian non-partisan
lebih menguntungkan. Anak muda ( mahasiswa) lagi mudah menyumbang dan bersama
mimikir demi kesejahteraan masa depan negara tanpa mengira ideologi. Dan yang
lebih penting lagi mudah untuk mendekati masyarakat tanpa terikat dengan
peraturan atau pengkelasan parti- mengikut pendapat penulis ZF Zamir.
No comments:
Post a Comment