Wednesday, 3 June 2015

Tunang dan Couple


Tunang merupakan satu ikatan yang dijalin sebelum bernikah. Biasanya dilakukan bertujuan untuk mengenali pasangan (apa yang saya tahu). Couple ni merupakan perbuatan yang tidak baik. Ikut pemikiran masyarakat setempat.

Akan tetapi, semenjak saya masuk ke alam ipt (alam KUIS). Saya menjadi keliru diantara kedua-dua perkara tersebut. Kenapa?

Izinkan saya untuk memberi dua situasi. Situasi pertama, satu hari saya pergi ke kedai makan. Kemudian saya ternampak satu pasangan lelaki dan perempuan. Merupakan individu yang familiar dengan saya, atau lebih senang mereka merupakan kenalan saya. Lalu, kawan saya berkata “eh, takyah kacau tu tunang dia”.Situasi kedua, saya terjumpa pasangan kenalan juga. Tetapi tidak bertunang. Lalu, kawan saya berkata “isy dia ni makan sama. Couple haram!”

Apa yang saya dapati adalah tunang ni boleh dijadikan sebab untuk melakukan perkara couple. Couple things. Kind of. Secara automatiknya perkara tersebut boleh dijadikan tiket ekspress untuk melakukan sesuatu perkara. Seperti menghalalkan yang haram. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak mengganggu kehidupan orang sekeliling atau biodiversity di Malaysia. Cuma mereka akan jadi keliru antara tunang dan couple. Seperti saya.  

Pada suatu hari, ada seorang junior asasi bersembang dengan saya tentang perkara ni. “Alahh bang, tunang ni sebenarnye couple. Cuma couple ni tak islamik. Kalau nak nak islamik sket kita sebut tunang”. Pulak.

Jadi, kalau nak ber ‘couple’, terus je couple. Tidak perlulah untuk meng’islamisasi’kan sesuatu perkara dengan tujuan untuk menyenangkan diri sendiri mahupun orang lain. Ayat mudahnya takyah islamik sangat. Kalau sudah alang-alang menyeluk perkasam. Ini nasihat sahaja. Percuma.



No comments:

Post a Comment